Cari Blog Ini

Khamis, 30 Jun 2011

Minuman keras = azab yang keras!!!


Bukan setakat minuman keras tetapi azabnya pun keras!!! lu pikir la sendiri.....

Abul Laits berkata: “Awaslah kau dari minum khamar kerana ia mengandungi sepuluh bahaya iaitu:
  • Peminumnya seperti orang gila dan menjdai tertawaan anak kecil dan tercela dikalangan orang-orang berakal Ibn Abud-Dunia berkata: “Saya melihat orang mabuk dijalan diBaghdad, ia sedang kencing lalu mengusapkan air kencing itu kemukanya sambil membaca: Allahummaj alni minattawwabin waj’alni minal mutathahhirin. Juga ada orang mabuk dan muntah-muntah ditengah jalan sehingga datang anjing menjilat mulut dan janggutnya dan ia berkata kepada anjing itu: “Ya sayyidi ya sayyidi, jangan mengotorkan saputangan.”
  • Memboros harta dan merosak akal. Sebagaimana kata Umar bin Alkhatthab kepada Rasulullah s.a.w.: “Ya Rasulullah, jelaskan pendapatmu mengenai khamar?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Sebab nyata menghabiskan harta dan merosak akal.”
  • Minum khamar menyebabkan permusuhan diantara kawan-kawan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): “Innama yuridus syaithanu an yuqi’a bainakumul adawata walbagh dhaa’a filkhamri walmaisir.” (Yang bermaksud): “Sesungguhnya tujuan syaitan akan membangkitkan permusuhan diantara kamu didalam khamar dan judi.”
  • Peminumnya terhalang dari dzikrullah dan sembahyang. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): “Wa yashuddakum an dzikrillahi wa anis shalaati fahal antum muntahun.” (Yang bermaksud): “Dan juga menghalangi kamu dari dzikrullah dan sembahyang, apakah kamu tidak mahu menghentikan?” Ketika ayat ini turun maka Umar bin Alkhatthab berkata (Yang berbunyi): “Intahainaa ya Robbi.” (Yang bermaksud): “Kami hentikan ya Tuhan.”
  • Minum khamar itu mendorong untuk berzina, sebab kemungkinan ia menceraikan isterinya tanpa sedar
  • Ia pembuka dari segala kejahatan sebab jika mabuk. mudah berbuat segala maksiat
  • Mengganggu malaikat yang menjaganya kerana memasukkan kemajlis fasiq dan adanya bau busuk
  • Terkena hukum pukul dera lapan puluh kali dan bila tidak terpukul didunia maka di akhirat akan dipukul dengan pukulan dari neraka yang disaksikan oleh orang tua dan kawan-kawan
  • Ia telah menutup pintu langit sebab hasanatnya dan doa-doanya tidak terangkat kelangit selama empat puluh hari
  • Ia berspekulasi (membahayakan) terhadap dirinya sebab dikhawatirkan tercabut iman ketika matinya.

Selasa, 28 Jun 2011

Nasihat Rasulullah s.a.w kpd Ali r.a


Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Mari bermain teka-teki....!!!



Teka-teki Imam Ghazali rah.a

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Khamis, 23 Jun 2011

kisah khaitsamah dan anaknya R.anhuma....

                 
                      Diriwayatkan oleh al Hakim dari sulaiman bin bilal r.a bahawa Rasulullah saw. ketika keluar dalam peperangan badar, sa'd bin khaitsamah dan ayahnya ingin menyertai Rasulullah saw. maka hal ini diceritakan kepada Rasulullah saw.  sehinggah Rasulullah saw memerintahkan agar seorang daripada mereka sahaja yang berangkat. kemudiannya kedua mereka mencabut undi.

              Khaitsamah bin Harits memberitahu kepada anaknya sa'd "tidak boleh tidak, salah seoarang antara kita harus tinggal, oleh itu tinggallah kmu bersama istri-istrimu "

               sa'd menjawab "jika tidak kerana jannah, aku akan mendahulukan engkau untuk berangkat, sesungguhnya aku ingin syahid di tempat yang aku tuju ini"

                 Mereka pun mencabut undi dan sa;d terpilih untuk menyertai Rasulullah saw. dalam peperangan Badar. Di sana dia di bunuh oleh Amr bin Abdu Wadd.


* dipetik dari kitab Hayatus shahabah jilid 1 m/s 654
           

jerat&perangkap yg kita x sedari...HaTI-hAtI!!!



10 Perangkap Syaitan
ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.''
( An-Nisa': 120-121).

Ket...erbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan SEDAYA UPAYA menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah.

Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut. Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat BOHONG dan ANGKUH
Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat BAKHIL dan KEDEKUT
Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat TAKBUR dan BONGKAK
Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl: 23)

4. Sifat KHIANAT
Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga MENGKHIANATI hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat Junjungan RasuluLlah s. a. w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat HASAD
Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s. a. w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka MEREMEHKAN orang lain
Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s. a. w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat UJUB atau BANGGA DIRI
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s. a. w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka BERANGAN-ANGAN
Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat BURUK SANGKA
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s. a. w. bersabda yang bermaksud:
"Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.''
(Riwayat Muslim)

Nasihat Ulamak.......bacalah dgn tawajjuh!!!



Nasihat Maulana Muhammad Saad

Ilmu dan amal yg tidak ada dengan perantaraan dakwah akan menjadi adat dan ilmu yg diperolehi secara adat akan menjadi perantaraan untuk mencari duit…Ilmu ada dua(jenis) iaitu ilmu di lidah dan ilmu di hati…Ilmu maklumat sahaja tidak cukup…Duduk dalam bayan untuk dapat maklumat, maka kita tidak akan dapat apa2…Ilmu adalah sepertimana yg dikatakan oleh Nabi Khidir as kepada Nabi Musa as ” Carilah olehmu ilmu yg dapat kamu amal”…Ilmu ialah apa (perintah) yg Allah kehendaki ke atas saya…Oleh itu, dalam majlis bayan kita perlu dengar dengan penuh tumpuan bagi menambah yakin kepada Allah Taala dan dengan niat untuk amalkan atau islah diri kita serta menyampaikannya kepada org lain…

Dakwah ialah untuk diri kita, dengan ini kita akan istiqamah…Pintu taubat sentiasa terbuka, kita dakwah org lain untuk diri kita…Keistimewaan dakwah adalah ia akan membina yakin ( ilallah) org yg memberi dakwah…Memberi amaran kepada org lain, org itu tidak akan dapat manfaat tetapi org yg memberi dakwah akan mendapat kesan…Org yg istiqamah (dalam usaha) akan maju dalam membuat usaha… Mereka yg membuat usaha agama dengan tidak faham, akan mendatangkan musibah dan mereka yg membuat usaha agama kerana dunia juga akan mendapat musibah…

Maulana Ilyas rah.a berkata terdapat dua golongan org yg membuat usaha usaha tabligh(iaitu) :

1)Mereka yg keluar di jalan Allah untuk menyelesaikan masalah hutang /sakit /kesusahan…Org yg seperti ini tidak akan istiqamah (dalam usaha)…

2)Mereka yg keluar di jalan Allah (kerana menganggap)itu adalah perintah Allah Taala…Org seperti ini akan istiqamah dalam membuat kerja dan akan mendapat tarbiyyah dan maju (dalam usaha)…

Jalan semua anbiya alaihimussholatu wassalam ialah dakwah… Setiap nabi permulaan usahanya ialah dakwah kalimah tayyibah… Dalam dakwah nabi saw, ada dua golongan( yg menjadi medan) iaitu org yg telah sedia menerima Islam dan golongan yg masih belum menerima Islam… Hari ini salah faham di kalangan ummat, dakwah iman bukan untuk org yg telah beriman… Dakwah iman sebenarnya ialah untuk org2 yg telah beriman…Ini adalah sepertimana difirmankan Allah ” Wahai org2 yg beriman, berimanlah kamu….” .. Manakala untuk org yg masih tidak beriman Allah telah berfirman (mafhumnya)” Berimanlah kamu sebagaimana sahabat beriman “… Nabi saw berkata sahabat adalah seperti bintang2 di langit, barangsiapa yg mengikut salah satu daripada mereka pasti akan berjaya…Hari ini dakwah iman di kalangan org2 islam telah keluar di kalangan org2 Islam…

Dengan dakwah akan wujud iman, dengan iman akan datangnya ihtisab (yakin yg betul dengan janji2 Allah), dengan ihtisab akan menyebabkan seseorang itu dapat beramal… apabila iman lemah, ihtisab akan menjadi lemah dan amal akan menyebabkan tumbuhnya riak…Para sahabat rahum berkata kami belajar iman dahulu baru belajar al Quran… Para sahabat rahum belajar al Quran untuk memasukkan perintah2 Allah dalam kehidupan mereka… Hari ini ummat membaca al Quran untuk al-faz… (satu ketika) Dalam majlis nabis aw, ada seorang sahabat ra telah mengumpat… Nabi saw bersabda kepadanya ” Kamu tidak beriman dengan al Quran..” … Sahabat ra itu berkata, Sesungguhnya saya beriman dengan al quran ya Nabiyyullah… Nabi saw memberitahunya, org yg beriman dengan al Quran akan menjauhkan dirinya daripada larangan al Quran…

Rasulullah saw yg mulia pernah bersabda (mafhumnya), perbaharuilah iman kamu dengan memperbanyakkan dakwah kalimah dan bukan hanya dengan zikir kalimah… Untuk yakin pada diri kita dan untuk dapat ikhlas dalam kalimah iman, kita perlu buat dua kerja iaitu:

1) Bercakap nama dan zat kebesaran Allah
2) Bercakap nizam Allah yg ghaib

Dakwah kita perlu menafikan benda yg tidak nampak dan dakwah ghairullah… Tanpa kita keluarkan yakin kepada ciptaan Allah barulah kita akan dapat yakin qudratullah…Maulana Yusuf rah.a berkata, asbab2 dijadikan Allah supaya manusia dapat mengenal Allah Taala… Allah jadikan langit dan bumi, binatang dan seluruh ciptaan Allah untuk manusia ini kenal (kekuasaan) Allah…Di samping itu, Allah Taala telah hantar nabi2 alaihimussholatu wassalam di kalangan ummat untuk memperkenalkan ummat kepada Allah Taala… Seterusnya dalam menguruskan nizamNya, nizam ini akan diubah2 supaya tawajjuh manusia dalam semua keadaan hanya pada Allah…

Tanpa dakwah kehidupan org2 Islam dengan org bukan Islam (menjadi) sama sahaja, malahan kehidupan org2 Islam akan bersatu dengan kehidupan org2 bukan Islam… Org yg membuat dakwah akan mendapat nusrah Allah terus menerus… Qudrat Allah akan membantu org2 yg beriman supaya iman yakin mereka tidak rosak… Jika sangkaan org itu kepada Allah lemah, bantuan Allah tidak akan bersama2 dengannya… Abu Darda ra berdoa dengan penuh yakin kepada (janji) Allah dan apabila kebakaran berlaku, rumahnya tidak terbakar.Untuk mendapat bantuan Allah terus daripada qudratNya, kita perlu bersangka baik kepada Allah kerana Allah bertindak atas sangkaan manusia… Seterusnya dalam beribadah kita perlu ada sifat taat… Ibadah dan taat berjalan seiring dan tidak boleh dipisahkan… Abi bin Hatim ra dahulunya adalah seorang Nasrani dan kemudiannya telah memeluk Islam… Beliau ra telah bertanya kepada Rasulullah saw, mengapa terdapat firman Allah dalam al Quran yg mengatakan mereka telah menjadikan paderi2 mereka sebagai rob mereka… Rasulullah saw bersabda mafhumnya kamu dikatakan beribadah kepada paderi2 kamu kerana apabila mereka mengeluarkan sesuatu hukum( menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal) maka kamu ikut, itulah sebabnya kamu dikatakan menjadikan paderi2 sebagai Tuhan kamu…Usaha tabligh biasanya mengadakan majlis2 iman iaitu bercakap keesaan Allah (wahdaniyyah)… Dengan banyak bercakap tentang wahdaniyyah, kita akan putus daripada (yakin dan harap kepada) ghairullah… melalui dakwah kita akan dapat ma’rifah daripada qudrat Allah… Ibnu Mas’ud ra ingin memberi tanah kepada seorang sahabah ra, tetapi ia berkata ia tidak memerlukannya… Kata Ibnu Mas’ud ra, kalau begitu ambillah tanah itu untuk bekalan anak2 kamu… Sahabah ra ini telah menjawab, ini juga tidak perlu sebab ia telah mengajar anak2nya ( istiqamah)membaca surah al Waqi’ah…Mengambil ubat ketika sakit adalah sunnah nabi saw, tetapi sebelum makan ubat hendaklah kita memberi sadaqah, kerana sadaqah itu menjauhkan kita daripada bala musibah… hari ini org2 mengambil insuran untuk melindungi masa depannya… Nabi saw ada bersabda mafhumnya, barangsiapa yg yakin selain daripada Allah, Allah akan menyerahkannya kepada apa yg diyakininya… Asbab yg ada kita gunakan kerana ini adalah perintah Allah tetapi janganlah kita gunakannya dengan yakin (bahawa ia boleh memberi mudharat atau manfaat)… dengan amal akan datang bantuan Allah Taala… Org Islam hari ini berniaga tetapi hutangnya lebih banyak daripada barang2 dalam kedainya…Qudrat Allah hanya ada pada zat Allah yg Maha Besar… Maulana yusuf rah.a berkata, apabila kita tidak yakin dengan amal, kita akan bertindak dengan perkara yg haram… Oleh itu, dalam asbabnya tidak ada barakah kerana asas asbabnya adalah daripada sumber yg haram… dan doa org yg seperti ini tidak akan diterima Allah… (Berlakunya perkara) haram dalam asbab kerana kita yakin dengan asbab, kita tidak yakin dengan amal… Allah mengadakan asbab untuk menguji iman manusia…

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk menunaikan keperluan manusia tanpa asbab kerana Allah Taala Maha Berkuasa atas segala2nya.Org2 yg beriman akan diuji oleh Allah Taala sebagaimana org2 yg terdahulu kerana Allah hendak mendengar(melihat) siapa yg benar siapa yg dusta… Allah perintahkan manusia gunakan asbab (adalah) untuk ujian (atas iman)… Untuk mendapat (manfaat) daripada qudrat Allah, hanyalah melalui perantaraan amal, bukan asbab… Untuk org2 yg beriman, perintah2 Allah adalah amal untuk mendapat manfaat daripada zat Allah… Kita jangan berpuas hati dengan asbab kerana segala asbab Allah jadikan untuk kepuasan org2 kafir… Kita akan berjaya dalam pertentangan dengan org2 kafir dengan adanya perantaraan amal… Qudrat Allah akan bersama2 amal… Allah telah tenangkan nabi saw, janganlah kamu susah hati dengan apa yg diperolehi oleh org2 kafir… Janganlah bimbang walaupun mereka berkumpul beramai2, dan janganlah kamu takut kerana sebenarnya hati2 mereka itu berpecah…Dalam membuat amal, kita perlu ada sifat sabar kerana Allah telah memerintahkan kita untuk bersabar, solah dan doa… Keburukan amal tidak boleh diselesaikan dengan ibadah semata-mata

Apakah itu sabar? Iaitu menunaikan perintah2 Allah bertentangan dengan keadaan dan kehendak nafsu kita… Amal puasa itu sebenarnya melakukan perkara yg bertentangan dengan nafsu… Ganjaran untuk sabar adalah syurga… Allah beri kita keinginan untuk tidur dan dalam tidur Allah letakkan perintah (atau amal) bangun malam (tahajjud)… Nabi Musa as telah tanya Allah Taala, adakah Ia tidak tidur? Allah telah perintahkan Musa as pegang dua biji gelas, ternyata ia tertidur dan gelasnya jatuh pecah… Allah berfirman kepada Musa as, jika Allah Taala tidur nescaya apa yg ada seisi dunia ini akan hancur.

Aishah r.ha mencari waktu panas yg terik untuk berpuasa dan ia bermimpi dapat minum air daripada telaga kautsar… Setelah itu ia tidak lagi merasa dahaga sampai bila2… Hari ini, org2 Islam dianiaya dan kita perlu sabar iaitu sabar dengan taqwa… Bersabar tanpa taqwa itulah dinamakan pengecut… Org2 musyrikin yg tidak yakin dengan Allah Taala, berkata org2 Islam akan sentiasa memenangi semua peperangan kerana yakin dalam amal soleh iaitu perintah2 Allah yg mana menyukakan Allah…Doa tidak akan diterima jika tiada taqwa… Aus bin Malik ra telah ditangkap oleh musyrikin Quraish dan telah diikat dengan kulit yg susah hendak lepas… Nabi saw beritahu kepadanya, bacalah ‘lahawlawala quwwata illa billahi ‘ dan (setelah membacanya) tali2 yg mengikatnya telah terputus… Di luar kurungan ada seekor unta, ia telah menunggangnya, dan di hadapannya ada berpuluh2 ekor unta milik musuh… Ia menunjuk tangannya kepada unta2 itu dan unta2 itu mengikutnya sampai ke rumah…

Dalam hadith nabi saw(mafhumnya), barangsiapa yg banyak membaca lahawlawala quwwata illa billahi, Allah Taala akan menutup 99 musibah dan yg paling kecil ialah kebimbangan…Ramai org yg bersolah tetapi imannya tidak betul kerana ia tidak yakin dengan amal solah boleh selesaikan masalah2 sebaliknya ia lebih yakin dengan perkara yg tidak ada janji2 Allah Taala… Mereka berjumpa ahli2 nujum(atau sihir) untuk selesaikan masalah2… Syaitan laknatullah pun mengajar Muaz ra, jika seseorang membaca ayatul Kursi tiga kali, syaitan tidak akan masuk ke rumahnya… Muaz ra telah tanya nabi saw mengenai org yg mengajarkannya fadhilah ayatul kursi itu… Nabi saw bersabda (mafhumnya) itulah syaitan kerana syaitan juga yakin dengan perintah2 Allah tetapi tidak mahu amal perintah2 Allah…Ada org jumpa saya untuk minta tangkal, saya telah tanya balik adakah kamu tidak solah… Abdullah bin Mas’ud ra telah sakit mata dan ada seorang wanita yahudi memakai tangkal dan sakit matanya hilang.. Kata beliau, jangan masukkan amalan syirik dalam diri saya… Org yg sakit mata, syaitan telah letakkan tangannya pada org itu dan Abdullah Mas’ud telah ajar doa yg ditunjukkan oleh nabi saw…Kejayaan kita adalah dengan menunaikan perintah2 Allah dalam setiap keadaan (dan masa)… Allah Taala mewujudkan hajat supaya kita menunaikan perintah Allah dalam semua keadaan… Allah perintahkan kita mengamalkan keseluruhan agamanya dengan yakin… Tanpa iman, seseorang itu tidak dapat mengamalkan agama dengan istiqamah… Ummat Islam hari ini mengamalkan agama mengikut suasana… Solah lima waktu berat baginya tetapi ia sanggup untuk tidak tidur sepanjang malam supaya hajatnya tertunai… (Maksud)agama bukan untuk barakah… Org akan keluar ke jalan Allah bila masalahnya selesai… Org seperti ini tidak akan istiqamah keluar di jalan Allah..Maksud kita mengamalkan agama adalah untuk membina iman yakin yg betul pada zat dan kebesaran serta kekuasaan Allah dalam diri kita… Siapa yg hendakkan dunia, Allah Taala akan beri dunia pada mereka tetapi bagi mereka tidak ada apa2 bahagian pun dalam kehidupan akhirat nanti… Oleh itu kita perlu bergerak untuk hidupkan agama di kalangan ummat… Kita perlu usahakan setiap org Islam datang kepada kerja kenabian nabi… Dakwah adalah untuk islah diri sendiri… Apabila kita dakwah amal ma’ruf, maka Allah Taala akan memberi kekuatan untuk beramal ma’ruf… Ummat ini telah tinggalkan kerja amar ma’ruf nahi munkar kerana menganggap dakwah adalah untuk org lain… Syaitan telah wujudkan was2 dalam hati org2 Islam yg berdosa… Kamu sendiri tidak melakukan amal soleh, mengapa kamu dakwahkan org kepada kebajikan sedangkan kamu sendiri tidak beramal dengannya… (Org ini akan tertanya2) Adakah saya perlu dakwah sedangkan saya tidak beramal… Seseorang itu perlu mendakwahkan amal soleh walaupun ia belum beramal dengan sesuatu perkara…

(Dipetik daripada Bayan Subuh: Mesyuarat Malaysia oleh: Maulana Muhammad Saad Kandahlawi-Sept 2003)

Nasihat .....dgr la Nasihat!!!!



  • Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
  • orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
  • Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
  • Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  • Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  • Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
  • Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
  • Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
  • Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
  • Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
  • Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  • janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
  • Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  • Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  • Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  • Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
  • selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
  • Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
  • Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
  • Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  • Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
    kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  • Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
  • Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
  • Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
  • Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

* dipetik dari nasihat luqma al hakim kepada anaknya

kongsi2,share2(yg sama waktu dgnnya) dosa dalam internet


                 
   kepada semua bloger, facebooker,twitterer dan orang2 yg serupa atau pun sama dgnnya berhati2 di dalam perkara2 ini....

             aku ada terbaca dalam satu laman yang menulis disebabkan pekara ini suami istri jadi cerai berai, kawan jadi lawan,kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, olok mengolok, pukul memukul,tumbuk menumbuk dan bermacam2 lagi... ntah apa2 lagi...

aku nak copy paste satu artikel nie...klu nak tulis sndiri aku x pandai....heheheh ok selamat membaca

Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?.

Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan



p/s: sebarkan yg baik2 jer...amal yg baik walaupun satu zarah akan dikira...dan amal yg buruk walaupu satu zarah akan dikira..

kongsi2,share2(yg sama waktu dgnnya) dosa dalam internet


                 
   kepada semua bloger, facebooker,twitterer dan orang2 yg serupa atau pun sama dgnnya berhati2 di dalam perkara2 ini....

             aku ada terbaca dalam satu laman yang menulis disebabkan pekara ini suami istri jadi cerai berai, kawan jadi lawan,kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, olok mengolok, pukul memukul,tumbuk menumbuk dan bermacam2 lagi... ntah apa2 lagi...

aku nak copy paste satu artikel nie...klu nak tulis sndiri aku x pandai....heheheh ok selamat membaca

Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?.

Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan



p/s: sebarkan yg baik2 jer...amal yg baik walaupun satu zarah akan dikira...dan amal yg buruk walaupu satu zarah akan dikira..

amali traktor dan unit kuasa 2...



bagi sapa2 yang rasa x sempat nak wat report amali traktor dan unit kuasa 2... aku ada sediakan kt korang contoh report yg korang boleh ambil dan edit ( pandai2 korang la jgn sampai kantoi)

http://en.swoopshare.com/file/439a1d7c07a4fea2831755f195940627/amali+1?tags=amali+1&lang=en
http://www.swoopshare.com/file/896b2e426bb775613a4682669fde1483/amali+2.doc.html
http://www.swoopshare.com/file/7608462267198894960cd7c5f993d8af/amali+3.doc.html
http://www.swoopshare.com/file/d23226d4aa21802867430a9c58973092/amali+4.doc.html
http://www.swoopshare.com/file/e5751c747d283816ef0e0c7a33f7a158/Amali+5.doc.html
http://www.swoopshare.com/file/e5751c747d283816ef0e0c7a33f7a158/Amali+5.doc.html

sapa2 yg nak apa2 report atau nota bole bgtau insyaALLAH klu ada aku akan bagi....
p/s jgn jadi pemalas plak nak wak kijo!!!! 

Rabu, 22 Jun 2011

7 golongan yang bertuah!!!



dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda "tujuh golongan yang akan dilindungi ALLAH swt. di bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatNya iaitu,

1. pemerintah yang adil
2. pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada ALLAH.
3. lelaki yang sentiasa hatinya terpaut pada masjid.
4. dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana ALLAH, mereka bertemu dan berpisah kerana ALLAH.
5. lelaki yang di goda oleh wanita bangsawan dan jelitawan lalu dia berkata, " sesungguhnya aku takutkan ALLAH!"
6. seorang yang bersedakah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mmengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
7. lelaki yang mengingati ALLAH swt. berseorangan sehingga berlinangan air matanya

(HR imam Bukhari, Muslim dan lain-lain)

*ya ALLAH jadikan la kami seperti lelaki-lelaki di atas....

Tangisan Fatimah rha ketika melihat mujahadah Rasulullah saw dalam melaksanakan usaha da'wah

                 Dikeluarkan oleh Thabrani dan Abu nu'aim dalam kitabnya al-hilyah, juga al-hakim dari Abu Tsa'labah al khusyani katanya: Rasulullah saw baru sahaja kembalii dari peperangan kemudian memasuki masjid dan mengerjakan solat dua rakaat. itulah kebiassaan Beliau apabila pulang dari sesuatu perjalanan, iaitu memasuki masjid, melaksanakan solar kemudian mengunjungi puterinya Fatima rha dan istri-istriya.

              Pada suatu hari, Rasulullah saw pulang dari suatu perjalanan kemudian singgah di rumah Fatimah rha sebelum menemui istri-istrinya. fatimah menyambut kedatangan Baginda dan mencium wajahnya kemudian menangis. Rasulullah saw bertanya " mengapa engkau menangis?"

                Fatimah rha menjawab " wahai Rasulullah, aku melihat warna kulitmu tellah berubah(menjadi kelam) dan pakaianmu menjadi kusam".

             Rasulullah saw bersabda kepadanya "Ya Fatimah, jangan engkau menangis, sesungguhnya Allah mengutuskan ayahmu dengan suatu urusan yang tidak akan tertinggal satu rumah di muka bumi ini, baik kota ataupun desa melainkan ALLAH memasukkan kedalamnya kemulian atau kehinaan sehingga ( agama ini) tersebar kedaerah yang di capai oleh malam"

*hal itu telah diceritakan di dalam kitab khanzul ummal, maksud dari sabda Rassulullah saw tersebut adalah kemuliaan akan menjadi milik keluarga yang beriman, dan kehinaan akan menimpa mereka yang ingkar. Al-hakim berkata (juz 3 halaman155) ini hadis yang sanadnya shahih.

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita!!!





Malam pasangannya siang,

Jaga pasangannya tidur

,Rajin pasangannya malas

,Dan lelaki pasangannya

perempuan.

Kerana perempuan adalah

pasangan kepada lelaki,

maka Allah telah menciptakan

bentuk badan wanita

itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat

,maka ia ada hubung kait dengan

nafsu.

Jika ia ada hubungkait dengan

nafsu,

ianya ada hubungan pula dengan

bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu,

mestilah dikawal dengan iman

.Untuk mendapatkan iman mesti

menurut perintah

Allah dan RasulNya dan menjauhi

laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini

adalah simbol.

Simbol apa, semua orang tahu.

Orang lelaki mempunyai imaginasi

yang nakal jika

tidak dikawal dengan iman.

Maka mata lelaki ini selalu

menjalar

apabila terlihat seorang

perempuan.

Setiap bentuk badan seorang

perempuan boleh dihayati oleh

seorang lelaki

dengan berbagai-bagai tafsiran

nakal nafsu.

Apabila seorang lelaki terlihat

seorangperempuan,

maka perkara pertama yang akan

dilihatnya ialah rambut wanita

berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2

cara oleh

seorang lelaki akan rambut wanita

berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib

menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah

ditutup, maka

mata lelaki itu akan turun ke

bawah melihat

bentuk lehernya,maka wajiblah

wanita itu menutup lehernya

.Maka mata lelaki itu akan turun

lagi

melihat bentuk payu daranya,

maka wanita itu berkewajipanlah

menutup bentuk

payu daranya dengan melabuhkan

tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan

turun lagi melihat

bentuk ramping pinggangnya,

maka labuhkanlah pakaian supaya

tidak ternampak

bentuk pinggangnya,

maka mata lelaki itu akan melihat

pula akan

bentuk punggungnya,

maka wajiblah wanita itu

membesarkan pakaiannya

agar bentuk punggung tidak

kelihatan, dan

lelaki itu akan pula melihat bentuk

pehanya,

maka janganlah sesekali wanita itu

memakai kain

yang agak ketat sehingga terlihat

bentuk

pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki

itu akan

bentuk kakinya pula,maka

janganlah wanita itu berseluar,

kerana

terus-terang pihak lelaki bercakap,

walau

muslimah itu bertudung labuh,

berbaju labuh,jika beliau memakai

seluar,walau nampak besar

sedikit, nafsu kami lelaki akan

terusik secara

sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal,

setelah tidak ternampakakan

bentuk kakinya

,maka akan dilihatlah pula akan

mata lelaki itu kepada kakinya,

maka wajiblah wanita itu untuk

menolong lelaki

itu tidak berdosa,

menutup kakinya dengan

melabuhkan kain, atau memakai

stokinyg warnanya

jangan sesekali berwarna kulit

perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali

ke atas,

akan melihat pula bentuk tangan

wanita itu

,maka tolonglah wahai muslimah,

agar melabuhkan

tudung menutupi bentuk

tangannya yang indah pada

pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki

,janganlah pula kamu melihat

mukanya,

kerana ia akan menimbulkan

fitnah, kecuali jika

kamu wahai lelaki, ingin

meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh, takut

mukanya yang

cantik akan menimbulkan fitnah,

maka berpurdahlah kamu,jika itu

lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi

jenis

penyakit,iaitu mata

lelaki itu akan tertangkap dengan

sepontan jika

ia terlihat warna yang menyerlah

atau terangjika ianya berada pada

perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan,

tolonglah jangan

memakai pakaian yang warnanya

terang-terangan sangat

.Jika hendak pakai pun, pakailah

untuk suami.I

tulah wahai muslimah, jika anda

semua ingin tahu

apakah dia mata lelaki itu, dan

perlu

diingatkan, jika semua aurat telah

ditutup,

jangan anggap tugas kita telah

selesai, perlulah

pula kita menjaga kehormatan diri

masing2,j

angan keluar seorang2,keluarlah

denganmahram,

atau keluarlah sekurang2nya 3

wanita agar

tidak diganggu gangguan luar,

mata lelaki pula

janganlah menjalar langsung

kepada muslimah

,walau muslimah itu telah

menutup aurat,

insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan

tundukkanlah pandanganmudan

jagalah kemaluanmu".Dunia

sekarang telah banyak yang cacat

celanya,sehingga ketaraf seseorang

yang memakai tudungmasih beliau

tidak menutup aurat, dan pada

kaumlelaki, mata kamu itu wajib

untuk tidakmencuri2 melihat

wanita muslimah, kerana

iadilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin

muslimat.

Sekilau-kilau berlian paling

menarik untuk dicuri..

Seindah-indah ciptaan adalah yang

paling sukar untuk dijaga …

wasalam